Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 19 October 2016

STAFF SAJ PULA DISERANG OLEH "HANG CANGKUL" KERANA METER AIR DIPOTONG (VIDEO)

Dari kelamarin sudah viral beberapa keping gambar staff SAJ diugut dengan cangkul. Dia kemudian diserang beberapa orang (lihat video).

Kejadian di Kg Melayu, Kulai. Puncanya kerana staff tersebut telah memotong meter air kerana pengguna berkenaan tidak membayar bil.




Video ini jelas menunjukkan staff berkenaan diserang oleh beberapa orang, tanpa belas kasihan.


Mahathir dan Anwar Ibrahim cuba hidupkan Melayu Baru.
Pak Lah cuba tawarkan Islam Hadhari.
Najib dengan 1Malaysianya.
PAS dengan Negara Kebajikan.

Semuanya jadi apa?

Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Mahathir kembali kepada parti yang berteraskan pribumi.
Pak Lah diam, kejap tidur, kejap bangun.
Najib dengan skandal 1MDB.
PAS dengan RUU355.
Rakyat berkelahi tak berkesudahan.

Apakah yang dinamakan Rukun Negara itu hanya untuk retorik sahaja?

UPDATE: Hang Cangkul sudah ditahan oleh PDRM (http://www.malaysiakini.com/news/359621)

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.