Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 24 April 2016

APA? POSTER PM TAK BOLEH GUNA UNTUK KEMPEN PRN SARAWAK?

Ini kata berita yang viral di media sosial itu!

FMT

Nanti dulu! Komer jangan gelak lagi!

Tak boleh guna poster PM bukan sebab SPR dah jadi mesra pembangkang! Ia juga takde kaitan dengan Tun M & the gang yang menyampah dengan Najib!

PM bila-bila masa boleh datang ke Sarawak dan poster dia akan dipasang di tempat dia datang. Sebabnya dia datang bukan untuk kempen, tapi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang membawa berita baik, seperti pembinaan jalan raya, sekolah, hospital dan sebagainya. Itu semua urusan rasmi Perdana Menteri Malaysia, bukan kempen Barisan Nasional. Kan?

Sebenarnya apa yang demer takut ialah ini:

“Jika ada yang meletakkan perkara-perkara pelik atau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan calon atau parti, seperti meletakkan gambar seseorang individu tertentu bersama-sama dengan kapsyen negatif atau fitnah, maka kita akan ambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,” (FMT)

Gambar berikut hanya hiasan.

Ha Ha Ha




Buat team sahabat Pakatan Harapan: SELAMAT BERKEMPEN!

1 comment:

  1. Pengerusi SPR yg baru ni boleh disaman kerana melanggar peraturan SPR sendiri.

    7.6(a) Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang bertanding, simbol dan manifesto parti atau calon dibenarkan dalam poster atau kain rentang.
    ‘Tataetika Pilihanraya’ SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA, JUN 2012.

    Tapi tak tau le pulak jika ada versi terbaru, atau versi sementara, atau versi khas utk Sarawak atau versi khas utk Mohd Najib.

    Tapi seperti yg Yong cakap, muka Mohd Najib sebagai PM akan sentiasa terpampang bilamana sesuatu projek dirasmikannya.

    Teringat pulak masa mula2 jadi PM dulu, 'tak payahlah letak muka kita besar2, tak payah kenduri besar2', begitulah lebih kurang katanya. Tapi sekarang ni kehadiran pun diberi elaun, berpuluh beratus bas utk angkut para hadirin.

    Itulah Mohd Najib kini. Kesian...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.