Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 18 November 2015

INSTITUSI AMAL JARIAH KAMI DAN ANAK-BERANAK KAMI: KATA MP DAP

Sementara kita menunggu kenyataan rasmi daripada para ulama yang makan gaji dari duit rakyat, dan para ulama PAS, Yong perturunkan dulu kenyataan yang ditulis oleh Lim Lip Eng, yang sudah tentu bukan ulama.

Baca dan insaflah:

Mengapa tergamak makan harta amal jariah?
12 November 2015 oleh Lim Lip Eng

SAYA tertarik dengan pendedahan terbaru National Oversight and Whistleblowers hari ini tentang pemusatan kekayaan sebuah badan amal jariah kepada beberapa individu dan kaum kerabat mereka.

Ini amat memeranjatkan. Saya tidak pernah menyangka sebuah yayasan yang berfungsi membantu umat Islam memajukan ekonomi mereka boleh dicemari skandal yang begitu jijik dan memualkan.

Pada saat rakyat seluruh negara sedang diperah keringat dan wang ringgit mereka dengan pengenaan cukai dan kenaikan kos sara diri, saya amat terkejut dengan pendedahan yang dibuat berkenaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Antara yang paling memualkan ialah pendedahan mengenai seorang pemimpin wanita Umno, yang menerima elaun untuk dua jawatan yang pada saya seolah-olah tidak ada banyak beza.

Jawatan pertama ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, dan yang satu lagi berbunyi Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah. Kedudukan ini memberi pulangan elaun bulanan dan keraian bernilai RM15,000 setiap satu, secara bulanan.

Pening juga kepala memikirkannya. Bagaimanakah seseorang diperuntuk elaun keraian setiap bulan pada jumlah RM15,000? Apakah yang diraikannya setiap bulan sampai sebanyak itu? Malah, jumlah pulangan beliau setiap bulan mencecah RM45,000.

Lebih menarik lagi, anak dan suami pemimpin wanita Umno itu turut menerima pulangan bulanan daripada YaPEIM; menjadikan pendapatan setiap bulan keluarga tersebut mencecah RM81,700.

Si anak memegang jawatan pengarah di enam anak syarikat yayasan terbabit, dengan hasil mudah RM31,200 satu bulan.

Itu baru timbalan.

Presiden Lembaga Pemegang Amanahnya pula mempunyai sepuluh jawatan di pelbagai panel, jawatankuasa dan anak syarikat yayasan tersebut. Beliau membawa pulang pendapatan bulanan sebanyak RM73,000.

Hairan, kerana pada kedua-dua surat yang mengesahkan bayaran itu diluluskan ada tertulis: ‘Institusi Amal Jariah Anda’. Mungkin slogan ini boleh ditukar menjadi ‘Institusi Amal Jariah Kami dan Anak-beranak Kami’.

Tidak masuk akal sebuah yayasan berasaskan ‘amal jariah’ khusus buat pembangunan ekonomi umat Islam memberi keuntungan atas angin kepada ‘pemegang amanah’nya dengan jumlah yang begitu besar, hanya dengan kedudukan dan jawatan sebagai pemegang amanah.

Padahal kita semua sedia maklum, masih lagi ramai orang Melayu beragama Islam yang jenuh mencari rezeki mengais sesuap nasi untuk mandiri hari demi hari.

Saya terkenang nasib mangsa banjir di Kelantan, yang membanting tulang saban hari memotong getah. Mereka sehingga hari ini masih lagi belum menemukan punca rezeki. Malah pisau toreh getah juga hanyut dibawa air bah.

Bukan itu sahaja, kebanyakannya masih lagi menetap di khemah-khemah. Dan kini apabila musim tengkujuh kembali, masing-masing dirundung bimbang; ke mana akan mereka bawa harta benda yang tersisa sejak bencana tersebut berlaku satu tahun lalu.

Dalam keadaan rakyat terbanyak berhadapan situasi ekonomi yang menjerut leher mereka, sekelompok kecil yang beruntung mempunyai pertalian dan kenalan politik boleh sahaja bersenang-senang dengan pendapatan puluhan ribu setiap bulan, tanpa perlu letih membanting tulang.

Ada kawan-kawan yang pernah menceritakan kepada saya tentang sifat amanah yang dimiliki Nabi Muhammad SAW, sehingga diberi gelaran Al-Amin, dikeranakan integriti yang ada padanya.

Baginda berpesan supaya mengembalikan harta kepada yang berhak, dan jangan memakan harta anak yatim.

Saya juga diberitahu bahawa apabila matinya seorang orang Islam, segala-galanya ditinggalkan kecuali tiga perkara. Salah satunya ialah amal jariah.

Maka, jika institusi amal jariah umat Islam seperti YaPEIM secara sesuka hati meluluskan elaun puluhan ribu ringgit yang bersumber amal jariah umat Islam kepada si pemegang amanah; saya tidak tahu bagaimana rantaian sedekah dan amal jariah yang ditinggalkan akan memberi manfaat di alam sana.

Saya justeru rasa bertanggungjawab untuk menasihati mereka yang sedang bersenang lenang dengan wang hasil amal jariah umat Islam ini untuk segera bertaubat dan menyucikan harta mereka yang didapati dengan cara yang penuh keraguan.

Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Segambut

********************

Beberapa hari Yong tidak menulis. Bukan apa-apa. Cuma Yong amat sedih apabila membaca berita-berita yang memalukan umat Islam, berlaku di wilayah yang mengaku negara Islam.

Lepas pecah skandal gaji/elaun gila-gila, pecah lagi kisah menteri buat program "Santun-santun" di luar negara.

Agaknya tak cukup rakyat Malaysia yang perlu disantuni. Harus menyantuni yang berada di luar negara. (FMT).

Lepas tembelang pecah, adakah YaPEIM (kerajaan) siasat?

Ada. Ini hasil siasatan demer:

KAT MALAYSIA TAKDE LGBT?  (MALAY MAIL)

Dan ini:

MENGAKU SAMBIL TERSENYUM (MALAYSIAKINI)

Institusi "Amal Jariah" buat program tak masuk akal di luar negara memakan belanja beratus ribu ringgit, macam tak salah jer.

Itupun masih ada yang nak kerjasama dengan gerombolan ini:

ULANG-ULANG LAMA-LAMA MENJADI (ISMAWEB)

Kalau Yong petik berita Utusan, tentu komer kata "Jangan percaya lidah UMNO." Jadi, Yong petik dari ISMAWEB.

Kan ISMA tu NGO Islam kawan PAS. Kawan takkan bohong, kot?

DAP RASIS DAN CAUVINIS (ISMAWEB)

Yang kamu kata rasis dan cauvinis itu peduli tentang penggunaan tak berfaedah ratusan ribu duit pencarum rakyat marhaen. Kamu ada kisah?

7 comments:

  1. Assalamualaikum Yong

    Wang dana YaPEIM itu bukannya boleh diberikan kepada golongan yang berhak sesuka hati, takut nanti wang itu mengalir kepada DAP akhirnya.
    Begitulah juga kursus kahwin yang dibuat di Paris tu, sudah gerenti 100% DAP tak akan dapat mencilok sesen pun. So kaedah paling selamat selain daripada mengadakan kursus itu di luar negara, adalah dengan membayar elaun yang besar amaunnya pada ahli satu keluarga MELAYU UMNO, senang nak kontrol supaya DAP tak dapat merasa langsung wang itu.
    Itule sebabnye yang membuatkan DAP jaki sesangat, atte nampak le beno busuk atinye.

    ReplyDelete
  2. Benarlah kata2 Tun Mahathir UMNO ni sudah busuk sampai ke USUS, yang jaga agama pun lingkup sekali.

    ReplyDelete
  3. Kebelakangan ini PAS yang masih mendakwa diri mereka sebagai parti pembangkang selalu mengeluarkan kenyataan serta tindak tanduk yang bersifat mesra dan menyokong UMNO. Dan lebih teruk lagi, Kedua2 ulamak termasyhur mereka iaitu Tuang Presideng dan Mushidul Am, dalam kes duit 2.6 billion, bukan sahaja tidak mengutuk Najib Presideng UMNO bahkan mereka berdiri teguh dibelakang Najib dan menyokong Najib sambil menyifatkan kes duit 2.6 bil itu sebagai fitnah jahat. malah lebih dahsyat lagi, walaupun sudah disahkan oleh SPRM bahaw duit berkenaan memang ada dalam akaun peribadi Najib dan Najib sendiri mengesahkan kewujudan duit "derma" tersebut, kedua2 orang "BESAR" PAS langsung tidak menarik balik sokongan mereka apatahlagi menhentam Najib. Sehingga hari ini kedua2 tokoh besar "ulamak" PAS itu berdiam diri malah langsung tidak bersuara menentang kebobrokan 1MDB serta penglibatan Najib yang jelas adalah bersifat "pecah amanh" dan jenayah!

    Bukan itu sahaja, kebelakangan ini kes2 kerosakakn dan salahlaki yang melibatkan pemimpin2 UMNO langsung tidak mendapat perhatian serius mahupun "bangkangan serta kutukan" dari orang2 yang mengaku alim ulamak didalam PAS. Seolah2 PAS ini adalah parti komponen BN dan bukan lagi salah sebuah parti Islam dan parti pembangkang. Sekarang ini apa yang jelas kelakuan serta akhlak2 pemimpin PAS telah berjaya mengelirukan rakyat. Rakyat sudah tidak pasti samada PAS ini parti Islam atau parti pembangkang. Tapi apa yang jelas kepada rakyat, PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan kehendak rakyat bahkan PAS bukan lagi parti yang bercita2 ingin memerintah negara, hanya berangan2 ingin menjadi "Tuang Penasihat ala-ala APCO" sahaja. Apa yang pasti dimata rakyat kehadiran PAS didalam pRU akan datang hanyalah sebagai "kacau daun" dan sebagai alat pecah undi rakyat. PRU akan datang, rakyat akan berkecuali dari mengundi PAS! Slogan PRU akan datang adalah KUPAS iaitu undi sesiapa sahaja Kecuali UMNO(BN) dan PAS. Kita kasi KUPAS buah2 yang sudah busuk ini dan dedahkan keburukan isi mereka! Harum Manis, anyone? Yes, Please!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. berapa agaknya harga suit dia itu? beli kat harrod kot?

    duit sedekah orgramai, dia sedekahkan kat diri dia anak beranak.

    mungkin niat yong dan lain2 sedekah kat yapeim tu supaya yapeim buat kursus di perancis dan amerika; airfare first class? golf? shopping at mall prestij? tak lupa juga niat supaya pemegang amanah diberi imbuhan yang setimpal dgn sumbangan mrk???

    tak gitu?

    aku tak pernah percaya kejujuran pusat zakat, badan2 kebajikan yg dikelolakan oleh kerajaan...

    ReplyDelete
  5. As salam kak yong.. untuk semua + Wan****** sekali (hehe..nanti dia singgah ler tu sebab kita ada sebut (puji) DAP entri kali ni).

    DAP ke gelandangan non-muslim mana, sapa sanggah pun, masih valid, legit. Prima facie? Cogent what? hehe

    If my memory serves me well, rasenyer NOW ada bbrp points antaranya, kenapa gaji 4 top dogs yayasan tinggi benor ? in this Yapeim which condidit of a President, a Deputy president and a board of trustees whose members are appointed by the minister....Mak aiii...Kalah gaji Wan******... haha

    Tak kira ler korang tu layak academically, ada lot of experience dengan semua jawatan & sub-posts tu belum menjawab WHY in the 1st place you & family monop-ONLY top job & with shockingly skyhigh paychecks?

    Yapeim tu bukan syarikat Enterprise, Sdn Bhd kan?

    Dan dan terdedah pasal gaji, elaun ni komer counter, repot polis & buat PC, oh ni semua agenda politik jahat ler, menjejaskan imej, tuduhan bagi persepsi -ve ler, bagai??? ....haha

    Komer ambik jawatan & sapu gaji, elaun sebanyak berjuta RM selama ni tak sedar komer tu salah yek ?

    Tu belum ungkit pasal amanah tak amanah buat koje agih untuk asnaf, who in need lagi tu?

    ReplyDelete
  6. yang merosakkan Islam di Malaysia ni kebanyakan yg pakai songkok tinggi kenape ye....

    ReplyDelete
  7. Tu yg PAS nak jadi penasihat tong najis supaya nanti taik tu jadi wangi. Aku takut Pas terpalit taik. Busuk woo. Dah taik tu taik juga. Yg nak berkawan dgn taik kenapa. Contoh kerja mcm taik ialah yapeim ni.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.