Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 21 April 2015

WAAAH! YONG SOKONG HERO POYO BAGAN DATUH NI...


Jiran Yong seorang sami India. 

Di sempadan antara tanah orang tua Yong dan tapak tanah sewaan dia diletakkan sebuah pondok kecil. Dalam pondok itu ada patung dewanya. Kalau Yong pergi ke kedai melintasi rumah dia, maka Yong akan melintasi kuil kecil dia. 

Kami tak pernah gaduh walaupun kami tak gemar dengan bau yang datang dari kuil kecil itu. 

Kawasan rumah Yong bersempadanan dengan kawasan Parlemen Zahid Hamidi. Maknanya sentimen pengundi pun hampir sama.

Zahid Hamidi tentu amat faham, ramai pengundinya berbangsa India dan Cina, seperti berikut: 

Pengundi: 39,924 Pecahan Kaum: Melayu:56% India:24% Cina:20%

Keputusan PRU menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat:

ZAHID MENGALAMI KEMEROSOTAN SOKONGAN 

Dia tidak boleh main-main tentang isu perkauman mahupun agama.


JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Tapi adik-beradik dia boleh goreng.

Balik Bagan Datuh dia akan bagi tahu adik-beradik, itu semua politik.

Adik-beradik mungkin akan diam. Tetapi pengundi bukan Melayu yang ramai di Bagain Datoh mahu melihat "what you do, not what you say."

Sekarang rakyat Malaysia sedang menunggu adakah ketua-ketua protes yang memaksa salib itu diturunkan akan disiasat?

Zahid Hamidi, kalau miker arah untuk siasat dan dakwa, Yong sokong miker. Tapi ini tidak bermakna Yong akan mengundi miker selagi miker duduk dalam UMNO, keris karat itu.


7 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Aiyoyo Amma... Kadawalle... Hahaha ... susah la ini macham..

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong kenal sangat perangai M C I di kawasan Bagan Datoh tu.

      Delete
    2. Jika tidak silap, dalam pengetahuan saya Kadawalle itu adalah salah satu nama tuhan yang menjadi sembahan penganut agama hindu. Oleh itu adalah dinasihatkan supaya lebih berhati-hati mengungkapnya, agar tidak merosakkan akidah tanpa disedari. Harap maklum.

      Delete
  2. Salam y.b yong

    Lihat video alvin tan nyaringkan Azan. Best dgr ... Tajwid pun tk byk silap. Cuma aurat tk tutup. A-++

    Kalah budak melayu 'azan'

    P.s harap pakatan rakyat cari pengganti pas segera sebab kemungkinan besar hadi akn jd tpm ganti muhyiddin

    Najib tak larat lawan mahathir... Mca pun dah k.o .... Untuk umno hidup perlu pas dan perkasa jd kerajaan baru.

    Sy cdg tubuhkan parti A.B.U di ketuai pasma dan ngo lain...

    Launching A.B.U pada feb 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Tak tahu apa niat si Alvin itu azan. Semoga dia diberi hidayah untuk memeluk Islam.

      Apapun Yong tak sokong golongan yang permainkan azan- termasuk si Alvin nih, jika itu tujuannya.

      Delete
  3. Salam semua

    Haru biru jadinya...Geng UMNGOK Kampung Medan nak tunjuk HERO bagi menggambarkan betapa lemahnya iman mereka....... depa kata takut akidah anak-anak depa tergugat sebab tengok salib tu...ni apa punya biul ni....tu belum tengok benda tu, mahu terpelanting songkok tercabut akidah puak-puak Melayu UMNO yang tipis iman ni .....

    Padan muka...yang jadi mangsa bos-bos depa. Serba salah Zahid dibuatnya. Nak berdiam diri takut hilang undi bukan Islam. Nak ambil tindakan kepada pendemo takut orang UMNGOK marah... (Melayu cerdik tak kisah pun sebab keimanan kita orang bukan terletak pada salib tu....)

    Ada beratus ribu kuil hindu yang dibina secara haram di negara ini, kau orang tak nak pegi cabut ka woiii..... pegi la kalau berani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Kat Jelapang (Ipoh) ada satu kuil hindu betul2 di tengah jalan. Takde sapa berani arah pindah. Si Zambery pun diam jer.

      Hahaha...Itulah double standard UMNO.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.