Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 20 January 2015

ULAR SAWA DAN BUAYA TURUT TERJEJAS DALAM BANJIR DI SARAWAK (GAMBAR)

Entah apa erti keamanan yang diwar-warkan oleh PM 1Malaysia? Alam pun tak setuju dengannya.  Alam terus memprotes, sebagaimana protes rakyat terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kini, banjir bukan hanya melanda Semenajung Malaysia, tetapi telah melarat ke Sarawak. 

Bukan hanya bilangan mangsa yang dipindahkan semakin meningkat kerana air yang naik, tetapi bahaya dari spesis lain juga menimbulkan kerisauan. 

Sebuah facebook yang banyak informasi mengenai banjir telah memuatnaik sekeping gambar ular dan buaya yang berjaya ditangkap di Samarahan.

SUMBER KAMEK MIAK

Tahniah kepada petugas JPAM kerana berjaya menangkap haiwan ganas tersebut sebelum ada manusia yang menjadi mangsa.

Banjir bukan hanya menyebabkan manusia yang terpaksa melarikan diri, tetapi haiwan liar juga terjejas habitatnya. Seperti manusia, haiwan akan mencuba adaptasi dengan keadaan (iklim, geografi, etc.) yang berubah demi survivalnya. Tetapi keadaan persekitaran yang tidak sesuai dengan kehidupannya, dia harus melarikan diri (pindah) atau mati. Penebangan hutan, desertifikasi, kemarau panjang, pembinaan empangan, banjir, etc (deforestation, desertification, drought, dam, flooding, etc) - semua ada kaitan.

Akibat tidak dapat mengadaptasi dengan keadaan di kawasan habitatnya, haiwan liar ini mungkin merayau-rayau sehingga ke tempat yang dirasanya selamat.

Ternyata banjir di Sarawak lebih merbahaya dari di Semenanjung Malaysia.


1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Habitat dalam air pun lari takut terkena e-coli.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.